KUALA LUMPUR: Mengorak langkah setapak ke hadapan, Vandelay Ventures Sdn Bhd (VVSB) mengukir sejarah baharu apabila menjadi syarikat pertama sebagai pengeluar Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vandelay Ventures Sdn Bhd, Haji Mohamed Mohar Haji Mohamed Onn berkata langkah itu sejajar dengan pelan pembangunan Sabah sebagai ‘Sabah Maju Jaya 2025’.
Semalam, Vandelay Ventures Sdn Bhd dan SULZER GTC Technology telah menandatangani perjanjian sebagai penyedia teknologi bagi melestarikan inisiatif Sabah Maju Jaya itu.
Pada 14 Feb lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melancarkan Sebuah Kompleks Perindustrian Tenaga Diperbaharui Sabah Maju Jaya (SMJREIC) yang terletak di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar.
Vandelay Ventures Sdn Bhd syarikat pertama pengeluar bahan api SAF di Malaysia